antara kebaikan berselawat :
- Melaksanakaan perintah Allah s.w.t
- Bersamaan dengan selawat Allah s.w.t. kps Rasulullah S.a.w.
- mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah s.w.t. bererti rahmat
- Bersamaan dngn selawat para malaikat
- Dikurniakan oleh Allah s.w.t. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
- Dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
- Dihapuskan oleh Allah s.w.t. 10x kejahatan atas setiap selawat
- Segala doa akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
- Mendapat syafaat dprd Rasulullah s.a.w.
- Mendapat keampunan Allah s.w.t. dan akan ditutup segala keaiban
- Allah s.w.t. akan menutupi segala dukacita
- Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
- Mendapat darjat al-sidq
- Ditunaikan segala hajat
- Selamat sejahtera pada hari kiamat
- Allah s.w.t dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
- Mendapat khabar gembira daripada Allah s.w.t. dengan balasan syurga
- Selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
- Rasulullah s.a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan
- Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
- Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
- Tidak akan merasai fakir
- Terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil
- Mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah s.a.w
- Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
- Menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
- Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah s.w.t. apabila disebut “alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
- Selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
- Terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
- Disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
- Mendapat keberkatan Alalh
- Mendapat kesempurnaan iman
- Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
- Mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
- Setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung
- Teguh pendirian dengan kebenaran
- Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah s.a.w. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
- Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah s.w.t.
- Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah s.w.t.
- Berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t. ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri
- Kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. dalam jiwanya atau mimpinya.
- Dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
info copy from : http://syafiqorangmelaka.com/42-kelebihan-berselawat-oleh-dato-noh-gadut-penasihat-agama-johor/
xrugi pon kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW......
Selamat beramal....